1.     BAGAIMANAKAH  MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG REMAJA DI SEBUAH NEGARA YANG PENDUDUK MUSLIM ADALAH MINORITI ?

BROTHER  JOSHUA: Saya nak kongsikan satu cerita semasa saya berusia 22 tahun dan menjalani latihan sebagai Pegawai Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat.  Kawan-kawan saya mengajak saya ke Parti. Mereka berkata , “Joshua , kau tak perlu takut. Kau berdiri saja kat dinding, tak perlu buat apa-apa. Kami tak bawa minuman alkohol dekat kau , kami tak bawak perempuan dekat kau. Kau kan besar dan kuat, apa yang kau nak takut?” Berkata Joshua, “Kalau aku hebat , bukan kerana badan ku yang kuat tetapi kerana akal ku. Aku tak mahu , kerana perbuatan ini akan menghampirkan aku kepada api neraka. "Kenapa saya berkata demikian?  “Apabila  saya dibangkitakan diakhirat, saya nak dibangkitkan bersama-sama dengan sahabat saya yang baik. Bukan dibangkitkan  bersama sahabat yang jahat.  Sebab itu saya sangat berhati-hati memilih kawan. Kawan-kawan saya Muslim dan bukan Muslim. Apapun, saya akan tetap bersahabat selagi mereka berbuat yang baik . Apabila sahaja mereka buat sesuatu yang jahat, inilah masa untuk saya meninggalkan mereka. Kita mesti ada pendirian. "

BROTHER  MALIK: Saya suka nak berkongsi cerita anak saya, Sakeenah yg berusia 10 tahun. Sakeenah belajar di sebuah sekolah awam (kalau di Malaysia  di sebut Sekolah Kebangsaan). Dulu dia selalu rasa gementar untuk ke sekolah kerana kebanyakan kawan-kawan adalah bukan Islam . Saya mendidiknya dengan kata-kata kamu mesti berkeyakinan (confident)  dengan deen kamu . Ke hadapan kerana kamu  mesti yakin dengan diri kamu sebagai seorang Islam (Make yourself stands out). Kerana ketiadaan surau  di sekolah, Sakeenah  mencari satu ruang sempit di dalam perpustakaan untuk solat. Kawan-kawannya yang Muslim, hairan tetapi kagum dengan sikap Sakeenah. Ibu bapa mereka tidak pernah mengajar mereka solat. Akhirnya kawan-kawan meminta Sakeenah mengajar mereka solat.

BROTHER NAEEM: Ibu saya adalah seorang revert (memeluk Islam). Beliau menghantar saya bersekolah di Sekolah Aliran Agama Islam di Amerika  untuk memastikan saya mendapat didikan agama. Kerana beliau seorang ‘revert’, Ibu Naeem mahu anaknya Muslim dahulu sebelum pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Fokusnya membina karakter anaknya menjadi muslim sejati. Apabila saya berada dalam kalangan sahabat-sahabat yang bukan Muslim, saya mengganggap diri saya pendakwah yang perlu menyampaikan. Apabila saya berada bersama seorang Muslim dewasa dan alim saya menganggap diri saya orang yang didakwahkan.  

2.    ANDA TIADA MASALAH MENJALANI KEHIDUPAN    SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AJARAN AGAMA ISLAM DI AMERIKA?

BROTHER JOSHUA: Pernahkah anda menjalani aktiviti bersukan  yang lasak?  Bagaimana rasanya selepas itu? Anda terasa sakit, sengal seluruh anggota badan? Bagaimanakah pula rasanya jika anda lakukannya setiap hari? Adakah anda akan merasakan kesakitan yang teramat sangat itu? Begitulah dengan peraturan /undang-undang dalam hidup, jika dilakukan setiap hari, kita tidak akan terasa sakit untuk melaksanakannya. Akhirnya ia akan jadi sebati  dalam diri dan tabiat yang mudah untuk dibuat.


BROTHER NAEEM : Semasa kami tiba di Raudhatus Sakinah, setelah berkenalan kami menceritakan latarbelakang masing-masing . Rupa-rupanya Ibu Yus pernah belajar di Amerika Syarikat sekitar Tahun 1981 sehingga 1987 . Apabila saya bertanya apa pengalaman paling berharga sepanjang tempoh tinggal di Amerika , Ibu Yus menjawab saya belajar tentang Islam. Saya terpegun sebentar, tetapi bila saya renung kembali kenapa boleh jadi demikian, suka saya nak kongsikan. Di Malaysia sangat mudah untuk mencari masjid. Setiap waktu azan berkumandang. Kerana sangat mudah semua ini, ada yang terlepas pandang dan mengambil mudah segala manfaat. Di Amerika bukan mudah nak mengamalkan Islam kerana kalau pergi membeli-belah tiada surau di Shopping Complex. Sesuatu barang yang berharga kita akan rasa kehilangan hanya setelah ia diambil dari kita. Moga itu tak berlaku. Dan ingat, agama adalah cara hidup. Jangan biarkan adat mencemari agama. sekiranya ia tidak sesuai, ambil Islam sebagai pegangan. 

Untuk maklumat lanjut konsert Native Deen sila klik disini http://www.tickethotline.com.my/events/native-deen-my-faith-my-voice-malaysia-showcase/