Sunday, June 16, 2013

SUMBANGAN ANDA SAHAM AKHIRAT


RAUDHATUS SAKINAH SELANGOR 2002 - 2007


RAUDHATUS SAKINAH YANG BANYAK JASA...


                         

Setelah dibaikpulih tahun 2008 , menjadikan ia lebih selesa dan kondusif untuk pelatih-pelatih Raudhatus Sakinah dan juga staf yang bertugas di sini sebagai warden . Warden menginap bersama pelatih . Ada 3 orang warden pada tahun 2008 . Sukarelawan pula datang mengikut jadual , bertugas mendidik & membimbing pelatih . 


Sebuah bilik khusus untuk Sesi Bimbingan & Kaunseling di bina pada tahun 2010. 
Dapur yang digunakan untuk aktiviti memasak , makan dan Bengkel Kemahiran Memasak . Apabila hujan lebat , pasti di landa banjir di bahagian dapur . Pada tahun ini , kami telah meluaskan dan membaiki bahagian dapur  supaya dapat menampung jumlah penghuni, lebih ramai dapat mengikuti Bengkel Kemahiran Memasak dan mengelak banjir .

Beginilah keadaan bila hujan lebat..... 
video


Dapur baru dalam pembinaan , lebih luas dan selesa . Semoga lebih bermanfaat . 

Di sini pula......
Sebuah bilik baru beserta 2 bilik air  sedang dibina yang boleh memuatkan 20 orang pelatih . Kami memerlukan sumbangan anda untuk kelengkapan bilik ini . 






Pelatih sedang mengikuti Program Motivasi. Setiap hari ada 2 kelas Bimbingan , pagi dan petang . Antara Kelas-kelas yang dijalankan ialah Kelas Fardhu Ain , Al Quran , Akhlak dan  Seerah. Kemahiran memasak dan menjahit . Kelas Akademik Matematik , Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 


Bagaimana anda boleh menyumbang ?
Pada tahun ini Raudhatus Sakinah sekali lagi menganjurkan satu Program dalam rangka mengutip dana  untuk pengoperasian Raudhatus Sakinah . Program ini dalam bentuk Seminar , anda boleh hadir sendiri atau menaja peserta.
Dengan rasa rendah diri , kami memohon bantuan dari anda sekelian untuk menaja RM200 untuk seorang peserta. 


Kami sangat  mengalu-alukan sumbangan dari para dermawan untuk menaja anak yatim , pelajar sekolah (Eksplorasi Cinta Alam Remaja) dan kolej / IPT (Seminar )  ke Program ini . Semoga menjadi saham akhirat buat para dermawan sekalian .


Mohon emelkan bank in slip kepada Pn Siti  Fazhana , rsselangor@gmail.com

Maklumat lanjut boleh ke:

http://www.raudhatussakinah.com/seminar-pembangunan-keluarga-raudhatus-sakinah/


Terima Kasih kerana membaca dan berkongsi dengan rakan sekerja , saudara mara dan sahabat handai .

Tuesday, June 11, 2013

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA IBUKU

HANYA MENINGGALKAN NOTA!

Tajuk Berita "TOLONG KEBUMI IKUT CARA ISLAM" seperti dilaporkan dalam MyMetro 11 Jun 2013

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013061100404720130611004047/Article/index_html


 Segamat: “Salam, saya mengaku apa yang saya lakukan ini salah, tetapi saya mohon pihak masjid mengebumikan janin ini dengan cara Islam”. Itu kandungan nota ditinggalkan seorang wanita bersama satu beg hitam mengandungi mayat janinnya di Masjid Jamek Gemerih di sini, awal pagi semalam.
Mayat janin dipercayai perempuan yang dibalut dalam beg hitam bersama nota itu ditemui noja masjid Isa Mohd Amin, 65, selepas solat Subuh jam 5.50 pagi. Menurut Isa, ketika kejadian, semua jemaah sudah pulang selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah manakala dia yang sedang berkemas terkejut apabila terhidu bau busuk di belakang pintu utama masjid.

“Selepas selesai solat berjemaah, saya membersihkan ruang dalam dan luar masjid termasuk menyusun sejadah sebelum melihat beg kertas itu masih di tempat ia ditinggalkan.

“Pelik dengan penemuan beg itu, saya cuba membuka sebelum melihat nota dalam bahasa Melayu,” katanya.

Menurutnya, dia yang panik selepas membaca nota itu terus menghubungi imam masjid, Zakaria Yaakub, 78, sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Zakaria pula berkata, ia penemuan bayi dan janin kedua di masjid berkenaan selepas kali pertama beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dalam kejadian pertama, jemaah menemui bayi perempuan cukup sifat dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat.

“Walaupun mempunyai empat kamera litar tertutup (CCTV) dalam masjid yang dipasang tahun lalu dengan kos RM4,500 bertujuan menjaga keselamatan harta benda, kami gagal mengesan individu yang meninggalkan beg kertas mengandungi janin bayi itu kerana kejadian berlaku di luar kawasan CCTV.

“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat janin itu diletakkan dalam dua lapis plastik sampah hitam dalam sebuah beg kertas hitam.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan janin itu kepada Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Jurucakap Hospital Segamat berkata, pemeriksaan mendapati janin itu dipercayai perempuan dan disahkan meninggal dunia.
Dilaporkan dalam  MyMetro 11 Jun 2013


Andai janin ini dapat berkata-kata: "Ya Allah , ampuni dosa Ibu ku..." "Ya Allah kenapa aku diperlakukan demikian?..."

Jika ini adalah hasil hubungan cinta kenapa hasil cinta ini dibuang sedemikian rupa? Betulkah ini hasil cinta? Cinta????? Anak2 remaja kita sudah betul2 tahu apa itu erti cinta? Ibu dan ayah, mama dan papa , ummi dan abi sudah bicara Cinta dengan anak-anak kita? Adakah anak-anak kita menyedari cinta yang dilafazkan kepada pasangan (couple) nya sebelum nikah dan bergaul bebas boleh menjadikan anak perempuan hamil, menggugurkan, membuang bayi, mendapat HIV atau STD? 

“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya. keratan petikan di atas

Mencegah lebih utama daripada mengubati. Jom kita menjadi ahli Masyarakat yang lebih prihatin dan proaktif. Cegah sebelum parah . Raudhatus Sakinah sahaja tidak mampu menangani permasalahan gejala sosial , hamil luar nikah dan  membuang bayi  . Pengalaman selama hampir 15 tahun membimbing Remaja Puteri , Raudhatus Sakinah dengan rendah hati , 





 sekali lagi membawakan khusus untuk anak-anak Remaja EKSPLORASI CINTA ALAM REMAJA

Untuk pendaftaran EKSPLORASI CINTA ALAM REMAJA 2.0 (13 - 17 tahun) : http://goo.gl/JShpR

Maklumat lanjut boleh ke:

http://www.raudhatussakinah.com/seminar-pembangunan-keluarga-raudhatus-sakinah/


Kami juga mengalu-alukan sumbangan dari para dermawan untuk menaja anak yatim , pelajar sekolah dan kolej / IPT (Before Yous Say I Do)  ke Program ini . Semoga menjadi saham akhirat buat para dermawan sekalian .

Terima Kasih kerana membaca dan berkongsi dengan rakan sekerja , saudara mara dan sahabat handai .

Monday, March 11, 2013

Program Pelajar Farmasi UITM Puncak Alam-22.1.2013

Program Kemasyarakatan Pelajar Farmasi UITM Puncak Alam.

9.30 pagi   : Penerangan dari Pengurus Operasi RSS.
10.00 pagi : Ice Breaking.
11.00 pagi : To be a better muslim oleh Ustazah Syuhaida Idha binti Abdul Rahim.
12.00 tgh   : Slot kenali ubat anda.
12.30 tgh   : Makan dan solat zohor.
2.00 ptg     : Slot perkongsian.
4.00 ptg     : Solat asar berjamaah dan minum petang.
5.00 ptg     : Sukaneka.
6.00 ptg     : Penyampaian hadiah dan cenderahati.

Ustazah Syuhaida Idha binti Abdul Rahim.

Aktiviti sukaneka adik-adik pelatih RS dan pelajar Farmasi UITM Puncak  Alam.

Becoming an Entrepreneur-19.1.2013

Becoming an Entrepreneur program pembukaan tahun 2013.
Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah Selangor terus dikunjungi oleh ilmuan yang sedia berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Program ini secara keseluruhannya melibatkan pensyarah dari Dept of Business Admin, KENMS, IIUM. Program dimulakan dengan sesi perkenalan oleh semua pensyarah bersama adik-adik pelatih. Kemudian aktiviti dalam kumpulan yang mana pensyarah dan adik-adik pelatih bertukar-tukar idea dan pengalaman dalam sesi perkongsian dalam kumpulan masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan sesi pengisian 1 oleh Dr.Nurita Juhdi yang mana beliau memberi pendedahan tentang tips persediaan menghadapi temuduga kerja dan beberapa isu gangguan terhadap wanita ketika temuduga. Seterusnya, sesi pengisian 2 dari Dr.Zulkarnain Kedah yang pakar dalam ilmu keusahawanan. Program diakhiri dengan makan tengahari. Walaupun program hanya setengah hari tapi ia sangat bermakna dan bermanfaat untuk adik-adik pelatih dan kami juga pembimbing di sini. 
Sekalung penghargaan buat yang berusaha Dr.Nurita Juhdi yang sangat komited dalam memastikan program ini berjalan lancar bermula dari perbincangan sehingga terlaksananya program ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua pensyarah yang sudi mengisi cuti hujung minggu anda bersama-sama adik-adik pelatih di sini. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat membantu adik-adik pelatih sentiasa bersemangat menggenggam azam baru mereka.

Sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan.
Dari kiri Dr.Kalthom  Abdullah, Dr.Saodah Wok, Dr.Siti Salwani dan Dr.Nurita Juhdi.
Dr.Zulkarnain Kedah dalam pengisian 2-'Becoming an entrepreneur'

Monday, March 4, 2013

Hari Inovasi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS-18 Disember 2012

Hari Inovasi Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Selangor 2012 diadakan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Sabak Bernam Selangor. Raudhatus Sakinah berjaya menghantar wakil seramai 11 orang  dan menyertai semua acara yang dipertandingkan. Semua pertandingan dijalankan serentak di lokasi yang berbeza dalam pusat Baitul Ehsan pada sesi pagi dan kemudian pertandingan nasyid pula diadakan pada sesi petang dan majlis inovasi diakhiri dengan ucapan dari pihak penganjur dan penyampaian hadiah pada lewat petang. Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah Selangor membawa pulang 2 hadiah tempat pertama iaitu acara tilawah dan jahit manik. Tempat ketiga untuk acara kuiz dan hadiah saguhai untuk acara yang lain seperti nasyid, hafazan, bercerita, bersajak, memasak dan gubahan kontempari. Bagi kami pembimbing di sini, adik-adik pelatih tetap juara di mata kami. Usaha  adik-adik pelatih mengenali kelemahan dan kelebihan diri sepanjang tempoh latihan di RSS antara pengalaman yang sangat bermakna kepada kami. Semoga program ini antara titik permulaan untuk pelatih belajar untuk menjadi hamba Allah yang berkualiti.  

Sedikit perkongsian tentang kualiti- ayat dari musyaf agung al-Quran Surah al-Anfal ayat 65; "Hai Nabi! Kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh, dan jika ada seratus orang (yang sabar) di kalangan kamu nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang daripada orang-orang kafir disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak faham"
antara hasil tangan pelatih2 kami.


Sunday, March 3, 2013

Lawatan Kerja Unit Takmir Pejabat Agama Daerah Kepala Batas P.Pinang-14 Disember 2012

Program : Lawatan ke Raudhatus Sakinah RSS.
Jumlah peserta rombongan : 40 orang guru dan 2 orang pegawai pengiring.
Agenda  :  
2.30ptg  : Ucapan dari wakil rombongan Unit Takmir.
2.45ptg  : Taklimat dan perkongsian oleh Ibu Yus (Pengerusi RSS).
3.45ptg  : Perkongsian oleh seorang wakil pelatih Raudhatus Sakinah Selangor.
4.20ptg  : Sesi soal jawab.
4.30ptg  : Penyampaian cenderahati dan derma kilat dari oleh Unit Takmir kepada RSS.




English Story Telling Competition- 7 Disember 2012

Pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris telah dianjurkan oleh Puan Fahima Ahmad Shah (sukarelawan mengajar Bahasa Inggeris di RSS) untuk pelatih RSS. Puan Fahima lebih mesra dipanggil teacher Fahima oleh kami di RSS. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelatih RSS. Alhamdulillah, seramai 13 orang menyertai pertandingan ini.Selama sebulan dua minggu, peserta diberi latihan sebelum tiba hari pertandingan. Dari pertandingan ini, dapat mencungkil bakat terpendam pelatih-pelatih di samping motivasi yang berterusan untuk fokus dalam melakukan sesuatu. Kesungguhan teacher Fahima sendiri yang memberi semangat kepada peserta berlatih bersungguh-sungguh menyertai pertandingan yang diadakan. Pertandingan dihakimi oleh cikgu Bahasa Inggeris yang bertauliah, seorang warden dan pengurus RSS. Majlis lebih bermakna dengan kehadiran Ibu Yus (Pengerusi RSS) menyampaikan hadiah kepada pemenang dan penyampaian cencerahati kepada pengadil dan penganjur teacher Fahima sendiri. Program yang ringkas tetapi penuh semangat ini bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 12.00tgh. Semoga program ini membawa manfaat kita bersama di dunia dan akhirat.
peneraju kelas bahasa inggeris raudhatus sakinah

ibu yus & teacher fahima